Saturday, May 15, 2010

jengok sekejap...

Dah lama tak update blog "DKMCHJ" niii..... ingatkan nak lah cuba maintain update monthly....tapi termiss jugak..... ianya terjadi adalah disebabkan takada idea nak menulis or sedikit sibuk dengan kerja harian..... entahlahh..takda jawapan....mungkin kedua-duanya or sebaliknya.....

anyway, bulan april dah berlalu....dah tak ingat apa yg berlaku..so tak boleh lah nk update apa2.... al maklumlah sejak -menjak ni...memory dah getting slower....faktor aging lah tu....(kenalah terima hakikat)...

Utk bulan May...mungkin ada lah cerita yg boleh dikongsikan...insya'allah...nnt chj update ya...

Wednesday, March 3, 2010

Trip to Pasir Belanda 260210 to 280210

Pasir Belanda??? kat mana tu??? itulah soalan yang terkeluar dari mulut mereka yang mendengarnya.. and in fact chj pun sama jugak bila pertama kali "the gang" highlight pasal trip kampung stay @ Pasir Belanda. For those yang nak tahu kat mana letaknya pasir belanda click lah http://www.kampungstay.com/ . Pengalaman yang sungguh indah pada mereka yang jarang2 dapat menikmati suasana dan kehidupan di kampung.

On the way  ke pasir belanda, kita terpaksa melalui jalan kampung yang hanya boleh dilalui sebuah kenderaan jee...jika in between ada kereta yang berselisih, salah seorang kena bagi jalan...dari situ chj dah boleh nampak sifat timbang rasa. Sampai je main entrance resort...'wow" cantiknya tempat ni...tempat yang bersih, resort yang cantik and yang pentingnya pekerjanya yang sungguh friendly..."kak ani" walaupun umurnya muda sikit dr chj tp sbb dia dah bahasakan dirinya kak ani..so panggil je lah dgn nama tu. Mmg sungguh peramah, asyik bercakap je dari kita mula sampai hinggalah kita nak keluar gi lunch. Anyway, waktu our group sampai, the owner (Harry)  tu takada sbb keluar gi jemputan kenduri org kampung. sempat gak tanya kak ani tu, selalu ke org2 kampung jemput dia g kenduri...mmg byk jemputan yg dia dpt sbb dia mmg baik dgn org kampung dan sgt2 dikenali....

selepas balik dari makan di PCB,  kita semua duduk melepak dia "gazebo area" yang dibina tu dan keadaannya sungguh selesa...tak terasa bahang langsung & berangin jeee... walaupun, kalau tgk keadaan sekeliling tu boleh tahan gak panasnya....  bila waktu petang, ramailah budak2 kampung akan datang bermain disitu sbb ada playground yg disediakan.  Mula2 budak2 tu mcm sedikit takut,  tengok dari jauh jee...tp bila kita mula tegur tu..barulah sikit2 dia org berani and lama2 jadi friendly... lagipun chj ada ramai jugak anak buah, so biasalah layan budak2 ni...cuma latar belakang mereka lah yg sedikit berbeza sbb kebanyakkan mereka mempunyai adik beradik yang ramai, emak/ayah sibuk bekerja so agak terbiarlah....


Selama 2 hari berada disitu. barulah chj faham kenapa harry ni sgt dikenali dikampung nii. Banyak kerja2 kebajikan yang dibuatnya, bagi "english tuition pada budak2 kampung, peluang pekerjaan pada org kampung tanpa mengambil sebarang keuntungan eg: program2 yang disediakan..payment direct to org kampung tanpa ada sebarang extra charge dari dia,  bagi peluang budak2 kampung bermain at playground yg disediakan di resortnya and satu lagi chj sendiri berpeluang menyaksikan dia tolong repair basikal salah seorang budak kampung yg rosak  tanpa banyak soalan pun.... and bila chj tanya kat budak tu, "selalu ke uncle harry tolong repair basikal?" dia jawab "ya" ... (wah!!! mcm2 perasaan yg dtg dlm hati niii pada ketika itu..)...

a) Gambar dibawah - singing competition/bergambar bersama pemenang &our judge)


















b) Aktiviti bersama "The Gang"






Overall, the trip was fun and the most enjoyable especially the "Singing Competition and cycling activity" . Sebelum check out sempat jugak chj duduk berborak dgn Harry (btw, harry ni mmg terror giler kecek kelate) but unfortunate chj tak berapa fasih dgn bahasa kelate so kena lah berborak mengunakan bahasa "International" hehehhehe. 

Banyak jugak yg dia highlight pasal level of education & knowledge budak2 di sini  yg agak teruk sbb kebanyakkan dari mereka kerap ponteng sekolah, parents sibuk dengan  kerja hingga takada masa utk anak2, jumlah family yg besar ....and etc..etc...etc lah....

So, pada sesiapa yang takada kampung dan terasa nak hidup suasana di kampung....cubalah ke Pasir Belanda....sure berbaloi....

Sunday, February 21, 2010

Wangsa Walk vs Pin Junction Bowling Alley

Setelah sekian lama meninggalkan sukan ni "cewahh..sound mcm pro jee"..tiba2 tergerak hati pulak lah nk merasa bermain bowling....lagi pun nk test bola bowling yg dah lama tersimpan bawah katil....ada gak rasa nk lepas geram...
So, diatas adalah venue pertama utk acara bowling bagi merenggangkan jari-jemari and end up pesara@ma berjaya mengalah aa....congrats!!!! terror pesara ni.... 

Sabtu lepas, bersama-sama dgn grp yg didatangkan khas dr serata malaysia, sekali lagi both of us menguji kekuatan jari-jemari ini utk melontar bola bowling dan venue nya di Pin Junction..so result kali ni...hehehhehe...."pesara ditinggalkan jauh oleh aa"......

(both gambar diatas courtesy by Dr Azma)

Thursday, January 14, 2010

RPM Class @ FF vs Jus Mate5

Tahun baru, pasang niat baru tapi tak tahu berapa lama akan berlaku???? so far mate 5 dah berjaya dihabiskan 4 packets..ada satu lagi....esok last...tp akan cuba bertahan sampai friday utk tidak mengambil apa2 makanan yang i'm not suppose to makan lah.... RPM @ cycling class at Fitness First every wednesday  and dah berjaya mengharungi 3x session...alhamdulillah....


"so far so good" walaupun mmg tiap kali masuk instructor tu akan guna mic and tanya " are u ok nieza"....dunno why...hanya nama chj sorang jee yg dia selalu panggil and check???hairan betul...."adakah chj student yg paling weak or actually dia tahu chj ada lutut problem or mmg dia perasan chj tak follow 100% instruction dia...hehehhe... ps: kalau nk jd student yg terbaik..mmg selalu kena menipu...hehehhehe" apa2 pun...selalunya tiap kali habis class mmg basah lencun baju dengan peluh.....harap2 akan dapat bertahan sehingga mencapai matlamat yang di inginkan......insya'allah :))

Thursday, December 31, 2009

Bye 2009 Welcome 2010

Salam Tahun Baru kepada semua pembaca yang sudi menjenguk & membaca catatan "dari kaca mata cucu hang jebat". Maafkan segala kesalahan chj samada sengaja atau tidak di sengaja kepada semua.

Saya adalah insan biasa yang tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan. Semoga hari-hari yang mendatang akan membawa segala kebaikan dan kebahagian kepada semua insan yang chj sayangi...AMINN

Sunday, December 6, 2009

masa mengejar kita....

Lama jugak chj tak update blog "cucu hang jebat" nii...  bukannya sibuk pun tapi takada idea nak nak dikongsi pada semua so temporary low profile je lahh....

Anyway, DECEMBER adalah bulan yang sungguh bermakna buat chj... kalau dulu2 masa zaman "BTS" sure dah start terfikir apakah bentuk suprise yg akan dibuat oleh adik-beradik angkat utk kak long angkat dia......hari2 yg dilalui pun penuh dgn suspen jee sbb takut terkantoi....tp dia org semua mmg terror...mcm mana berhati-hati pun sure ada cara yg tersendiri yg akan dpt dilaksanakan....'segala kenangan akan  kak long angkat simpan hingga ke akhir hayat"....

Kalau dulu dgn adik-beradik angkat....now ada giliran mak angkat @MA pulak yg buat suprise pada chj..."alhamdulillah"...bersyukur pada allah SWT atas segala kenikmatan yang diberikan pada chj dgn  mengurniakan orang2 yg baik disisi ini.....

Kejutan yang dibuat oleh MA dgn memberi hadiah birthday lebih awal dari waktunya....mmg terkejut bila nampak ada paper bag gambar bear lagi... atas meja....ingatkan tshirt jee..rupa2nya ada jugak jam...wahhh....terkedu sekejap....apa2 pun chj bersyukur dengan hadiah yang MA diberikan... terima kasih banyak2....



























Gambar  ni ma yang ambikkan....cantik pulak..mcm iklan dalam majalah...terpaksalah chj kongsi dgn pembaca2 blog ni....

Monday, September 28, 2009

Syawal 1430H with My Beloved Family

Telah berlalu seminggu Syawal 1430H... Alhamdulillah..Syawal kali ni disambut dengan serba sederhana..beraya bersama mak, mak angkat, adik-beradik dan sempat juga menjenguk saudara-mara yang berada di Negeri Sembilan, Melaka & Johor. Bersyukur dengan segala kesempatan & kenikmatan yang diberi oleh Allah SWT kerana masih di beri kesempatan lagi untuk merasa Syawal kali nii....


Gambar bersama Mak & Adik -beradik dipagi Syawal dirumah Mak....

Hari raya keempat baru berkesempatan beraya bersama MA (mak angkat) sbb..biasalah..mak angkat balik kampung...

sempat posing sebelum keluar pergi Open House....

Sunday, August 30, 2009

DOAKU - Salam Ramadhan


Sempena kedatangan bulan yang mulia ini, chj ingin berkongsi video ini kepada semua yang sudi menjenguk blog chj ni. Salam Ramadhan, semoga segala amalan dibulan yang mulia ini diterima oleh allah SWT..AMIN..

Monday, August 17, 2009

070809: Balik Kampung & Perang Emosi...

Sejak arwah nenek meninggal last year, chj tak pernah lagi menjejakkan kaki balik ke kampung sebabnya kampung tu terasa begitu asing bagi chj. Tak tahu kenapa, hari nenek dikebumikan tu, selepas semuanya selesai tiba2 saje perasaan ni terasa begitu kosong & hambar bila chj melangkah masuk dalam rumah arwah nenek...

Tapi baru-baru ni tiba2 arwah nenek datang dalam mimpi chj, mungkin dia sedih chj tak pergi menjenguk anak arwah nenek yang sekarang ni tinggal dengan sepupunya....anyway, chj mmg tak pernah tanya khabar berita pun pasal anak nenek tu... Sehari sebelum balik kampung tu macam2 perasaan yang bermain dalam diri ni....risau, sedih, mcm mana chj nak tgk muka anak nenek tu...kuat ke chj nak lawan emosi ni......

So, bila tiba masanya, chj pun balik kampung dengan ditemani pesara@ MA (terima kasih MA atas segala-galanya)...without you around tak tahu lah boleh ke saya handle semua nii. Sampai kampung, chj jumpa adik arwah nenek, hati ni dah mula sebak sbb nampak muka nenek tu terus teringat kat arwah nenek....tapi kena kuatkan semangat wpun airmata tu kalau tak control memang berderai keluar.....tengah bercakap ngan nenek tu, anak arwah nenek tu keluar dari dlm rumah...bila nampak chj dia mcm confused sikit sbb mungkin tak sangka chj akan tiba2 muncul....perkataan pertama keluar dari mulut dia "ehh..ijaaa"...Ya Allah, pada ketika tu...tuhan jee yang tahu apa yang chj rasa dalam hati nii....terpaksa chj tarik nafas yang panjang utk melegakan hati ni..tapi tak berjaya jugak.....mengalir gak keluar airmata nii.... sepanjang berada kat rumah adik arwah nenek tu, tiap kali chj nak berborak ngan anak arwah nenek tu, airmata ni asyik nak keluar jeee hingga sampai satu tahap..sebaknya sampai bila pesara tanya....chj tak boleh nak bercakap...bagi isyarat tangan jee....ya allah...emosi terlampau niiii..... and adegan bila nak balik pun dah macam pelakun airmata......mmg dah tak leh control langsung.....sampai dah bengkak/merah biji mata.....kesian pesara sbb dok cari tisu dlm bag tak jumpa.....

On the way, balik (tak terus balik kl tp tdr hotel kat bandar melaka) sbb tak kan nak tumpang tidur rumah adik arwah nenek tu.....chj lalu depan rumah arwah nenek tapi kepala ni tak tertoleh pun tgk rumah arwah nenek...rasa sebak sgt2 sbb teringat arwah nenek akan duduk kat kerusi depan pintu rumah dia sambil melambai tiap kali kalau chj nak balik ke kl selepas dtg visit dia....

Sampai hotel check in, buat apa2 yg patut...lepas tu terus tidur sekejap sbb terasa kepala berdenyut.....malam lepas maghrib baru keluar cari makan sambil keluar ke bandar melaka utk melihat pemandangan malam yang berjerebu.. So kat bawah ni gambar candid yg pesara ambik semasa chj dok melayan perasaan dgr lagu utk menghiburkan hati yg masih beremosi lagi tuu....apa2..terima kasih banyak2 pada
pesara@MA yang begitu sabar dengan keadaan emosi chj niiii...

Sunday, July 19, 2009

19-07-09: Minggu Ujian.....

This week adalah minggu yang sungguh mencabar bagi chj. Dengan kerja yang berderet-deret menanti,chj terpaksa terpaksa double kan tenaga yg ada utk menyelesaikan semua task yang menanti...3 events yang perlu dihandle...akhirnya terpaksa mengalah...1 event yang memerlukan chj ke Johor terpaksa chj declined alasannya sbb kena pergi sampai 3 hari...takut tak terkejar event yg menanti bila balik ke KL....

FRIDAY:TECHNOLOGY UPDATE CUM MOVIE SCREENING FOR TELEKOM



SATURDAY: CONTRACT REVIEW UPDATE CUM BOWLING TOURNAMENT FOR CELCOM
CHJ tak main pun sbb tenaga yang dah berkurangan sbb telah banyak digunakan utk handle event. Petang tu, chj jadi emcee jee lahh....so berkumandanglah suara chj di setiap pelusuk bowling alley tuu..hehehehe....


SUNDAY: BERSANTAI - setelah penat berhempas pulas bekerja :)

Pagi bereakfast di salah sebuah tempat nasi lemak yang popular di KL @ nasi lemak tanglin....

Petang, saje jalan2 cari barang sambil nak habiskan saki baki duit....hahahahhaa....
seperti biasa..posing mmg tak leh lari dari rutin harian.....

Alhamdulillah..akhirnya semua dilakukan dengan jayanya walaupun adalah sikit2 comot here and there....biasalah...mana boleh buat semua ok 100%.....