Sunday, April 26, 2009

26-04-09 : Hill Park vs LEO's @AU2

Semalam dah letih dengan aktiviti bersukan today chj ikut pesara pergi hill park, aktiviti bermain tuip buih sabun...dengan 2 orang anak buah pesara "maya & zara"...(best gak sesekali jadi budak kecik..hehehe)

Balik dari Hill park singgah LV untuk solat zuhur plus merehatkan diri sekejap sbb rasa macam zzzz sangat...dalam pukul 3.30ptg keluar pergi ke AU2..saja lah nak pergi tempat lain dari selalu dikunjungi kalau weekend...sambil2 tu dalam kepala berfikir-fikir jugak..kat mana nak gi makan...(perut rasa lapar tapi tak sure nak makan apa?? hmmm). Sampai AU2..nampak lah advertisment pasal tempat makan leo's...siap ada gambar amber chia lagi...and yang penting HALAL....so, kita pun menujulah ke sana..walaupun on the way nak sampai tu ada pameran kereta hyundai...pesara dah berhenti tengok...nasib dia tak ambik brochure or jumpa salesman kat situ...hehehe... apa2 pun SX4 kan dah dalam checklist ;P

tak tahu nak makan apa..tapi rasa nak makan something yang berkuah, so chj order mee kari & pesara makan nasi lemak..(makanan dia ok2 jee lahhh)

Pinggan nasi lemak yang licin, pesara mesti enjoy makanan dia tp chj makan tak habis pun..makan kuah jee...

Gambar fountain yang ada dibahagian luar AU2...saje jee ambik..kut2 lah cantik...

25-04-09 : FOOT vs FOOD

Monthly activity bersama "geng futsal" masih berjalan dengan lancar....walaupun tak ramai mana pun yang datang bermain, so far paling ramai 7 org but still ok. Tapi apa yang chj nak highlight kali ni ialah 2 org yang paling senior and yet yang paling terror...tak pancit pun...rilex jee dia org main...mmg kena bagi tabik spring niii...



Selepas habis game, group yang belum masuk category senior rasa macam tak puashati, so terpaksalah merangka strategi untuk next game...hmmm....kita tengok jee lahhh...

Selain dari main futsal, kita juga meraikan bday one of the geng yang datang dari jauh tu...Penang tuu...as usual, kalau dah biasa jadi organiser...sure tak leh lari nya dari tugas2 khas tuuu..

menu2 yang untuk menambahkan lemak didalam badan selain dari carrot cake tuu..

Geng futsal ni pun ada 2 orang photographer yang terror jugak mencari angle & objek yang menarik...bravo beb!!

Sebab terlampau nak tunjuk skill kat org2 senior...balik rumah...merasa lah hadiahnya...

(Sedang tengok tv..tiba2 jari kaki cramp..apa lagi menjerit minta tolong
ma@YB sapukan minyak angin and tolong urut kat ibu jari tuu...sakit gilerr...)

Thursday, April 23, 2009

23-04-09 : Convocation PSA 11

Tengok tajuk kat atas tu memang takada kena mengena langsung dengan chj...tapi ada kena mengena dengan adik chj. Pagi semalam (wed) tiba2 hp chj berbunyi..rupanya kak long chj call, remind pasal konvo adik chj nii.....(mmg terlupa langsung)...lagipun ingat kan hari jumaat...tup2 tukar lak today....pastu adik chj lak call ingatkan jugakk...nasib last minute gi apply cuti boss nak sign...(mood baik) hehehhe...

Walaupun selalu update blog masa weekend tapi untuk ni kira extra lah...saje nak bagi sama dengan tarikh adik chj konvo...adalah maknanya. BTW, PSA tu - Politeknik Shah Alam:


Disebabkan panas sangat..mood nak ambik gambar pun tak lah tahap teruja...so, sempatlah ambik beberapa keping jee...lagipun adik chj tu bukan suka ambik gambar pun...lagi2 kena pegang teddy bear yg mak chj bagi dia tuu (wpun masa beli chj yang bayar ;P)

Sunday, April 19, 2009

19-04-09 : Cerita Hujung Minggu

Semalam sibuk dengan hal keluarga..so hari ni menghabiskan aktiviti untuk diri sendiri bersama dengan pesara. Perkara pertama selepas bangun pagi ialah...mengisi perut. So menu pagi ni ialah nasi berlauk gulai udang & telur goreng ala2 lasagna bersama milo ais....

Selepas selesai menikmati juadah pagi...surelah kena makan dessert & apa2 yang ternampak depan mata.... (hissshh bahaya nii)

Selain dari aktiviti untuk menambahkan lemak didalam badan...sempat jugaklah tengok tv..updatekan diri dengan cerita2 semasa dan ON laptop untuk check apa2 yang patut... Selepas terasa bosan berkurung didalam rumah, sampai lah masa untuk menghirup udara luar yang tak berapa segar tu :P...where else kat KL ni kalau tak ke shopping mall.... chj & pesara decided pergi ke carrefour sbb ada org tu mcm teringin nak makan fries...(makan lagiiii???)

Sambil makan tu..sempat jugaklah chj kena lecture from pesara@YB tentang keadaan economy semasa, kehidupan dan cara2 untuk memperbaikinya dan etc..etc..etc... CHJ bila dah start kena "pok..pek..pok..pek"..seperti biasa...diam jee lahhh...(mmg salah sendiri)...tapi dalam hati memang bersyukur sgt sbb ada org yang selalu memerhati, menasihat dan menolong chj...kalau tak tu..mulalah lupa diri...

Saturday, April 18, 2009

18-04-09 : Majlis Keluarga

Sesekali, chj nak juga update aktiviti bersama keluarga. Hari ni majlis pertunangan adik chj yang kedua last...(Hamirul Hafiz)...next week baru nak konvo...hmmmmm.....TAPI, nasib chj tengok dia ni macam bertanggungjawab sikit dengan keluarga..so oklah...I just don't want to give any comment....ok jee lah..lagipun niat baik, kita kenalah support. Gambar2 dibawah menceritakan episod bermula dari rumah, dalam perjalanan,sekitar majlis..
Tak sure masa ni kenapa semua org mcm fokus ke satu arah jee...
Jalan yang sesak...tension & sedikit stress jugak niii...
Untuk menghilangkan rasa tension & stress....ambik gambar baru boleh senyum....

Selepas tersangkut dalam kesesakan jalanraya...masing2 meneruskan perjalanan ketempat yang dituju..since, chj tahu kat mana tempatnya....lepas jee jam terus tak tunggu yang lain terus hilang..Kalau yang lain2 kalau tak jumpa or tersesat...nnt caling2 lah ;P. Lebih kurang 20 minit perjalanan..sampai jugak tempat yg dituju. Nasib dapat parking sbb kawasan tu mmg susah nak dapat parking....lagi2 keluarga besar chj nii...lebih kurang 10 biji kereta yg berkonvoi...bayangkan lah nk dpt parking.....
Girls in the family...(my sisters, sis in law, nieces and MA)..
my fov nephews...."adam & haziq"
Disebabkan tadi ada yang tertinggal dibelakang..terpaksalah chj rescue via hp utk bagi direction tempat yang dituju......

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah. Kedua pihak bersetuju dengan syarat -syarat yang ditetapkan....