Sunday, August 30, 2009

DOAKU - Salam Ramadhan


Sempena kedatangan bulan yang mulia ini, chj ingin berkongsi video ini kepada semua yang sudi menjenguk blog chj ni. Salam Ramadhan, semoga segala amalan dibulan yang mulia ini diterima oleh allah SWT..AMIN..

Monday, August 17, 2009

070809: Balik Kampung & Perang Emosi...

Sejak arwah nenek meninggal last year, chj tak pernah lagi menjejakkan kaki balik ke kampung sebabnya kampung tu terasa begitu asing bagi chj. Tak tahu kenapa, hari nenek dikebumikan tu, selepas semuanya selesai tiba2 saje perasaan ni terasa begitu kosong & hambar bila chj melangkah masuk dalam rumah arwah nenek...

Tapi baru-baru ni tiba2 arwah nenek datang dalam mimpi chj, mungkin dia sedih chj tak pergi menjenguk anak arwah nenek yang sekarang ni tinggal dengan sepupunya....anyway, chj mmg tak pernah tanya khabar berita pun pasal anak nenek tu... Sehari sebelum balik kampung tu macam2 perasaan yang bermain dalam diri ni....risau, sedih, mcm mana chj nak tgk muka anak nenek tu...kuat ke chj nak lawan emosi ni......

So, bila tiba masanya, chj pun balik kampung dengan ditemani pesara@ MA (terima kasih MA atas segala-galanya)...without you around tak tahu lah boleh ke saya handle semua nii. Sampai kampung, chj jumpa adik arwah nenek, hati ni dah mula sebak sbb nampak muka nenek tu terus teringat kat arwah nenek....tapi kena kuatkan semangat wpun airmata tu kalau tak control memang berderai keluar.....tengah bercakap ngan nenek tu, anak arwah nenek tu keluar dari dlm rumah...bila nampak chj dia mcm confused sikit sbb mungkin tak sangka chj akan tiba2 muncul....perkataan pertama keluar dari mulut dia "ehh..ijaaa"...Ya Allah, pada ketika tu...tuhan jee yang tahu apa yang chj rasa dalam hati nii....terpaksa chj tarik nafas yang panjang utk melegakan hati ni..tapi tak berjaya jugak.....mengalir gak keluar airmata nii.... sepanjang berada kat rumah adik arwah nenek tu, tiap kali chj nak berborak ngan anak arwah nenek tu, airmata ni asyik nak keluar jeee hingga sampai satu tahap..sebaknya sampai bila pesara tanya....chj tak boleh nak bercakap...bagi isyarat tangan jee....ya allah...emosi terlampau niiii..... and adegan bila nak balik pun dah macam pelakun airmata......mmg dah tak leh control langsung.....sampai dah bengkak/merah biji mata.....kesian pesara sbb dok cari tisu dlm bag tak jumpa.....

On the way, balik (tak terus balik kl tp tdr hotel kat bandar melaka) sbb tak kan nak tumpang tidur rumah adik arwah nenek tu.....chj lalu depan rumah arwah nenek tapi kepala ni tak tertoleh pun tgk rumah arwah nenek...rasa sebak sgt2 sbb teringat arwah nenek akan duduk kat kerusi depan pintu rumah dia sambil melambai tiap kali kalau chj nak balik ke kl selepas dtg visit dia....

Sampai hotel check in, buat apa2 yg patut...lepas tu terus tidur sekejap sbb terasa kepala berdenyut.....malam lepas maghrib baru keluar cari makan sambil keluar ke bandar melaka utk melihat pemandangan malam yang berjerebu.. So kat bawah ni gambar candid yg pesara ambik semasa chj dok melayan perasaan dgr lagu utk menghiburkan hati yg masih beremosi lagi tuu....apa2..terima kasih banyak2 pada
pesara@MA yang begitu sabar dengan keadaan emosi chj niiii...