Monday, July 13, 2009

Kisah weekend ku:Parking + Paku + Pancit + Pesara = 4Ps

(inilah paku yg digunakan)
4Ps ....Kisah bermula pada hari sabtu selepas balik dari menjemput pesara di Hill Park. Disebabkan naik kereta chj terpaksalah parking kereta diluar....nasib tak begitu baik...takada tempat parking yg berdekatan....terpaksalah letakkan kereta jauh dikawasan perumahan yang sebelum ni chj tak pernah pun parking kat situ. Masa parking tu..anjing kat depan pagar yg berdepan dgn tempat chj letak kereta tu...menyalak mcm nk melompat keluar dari pagar..ganas giler siuttt...menakutan tp sbb pesara ada..rilex lah sikit ;P

Keesokan harinya (sunday) nak keluar lah pergi breakfast and chj pun suggest naik kereta chj jee sbb nak gi cuci dan isi minyak. Sampai jee kat kereta..tiba2 ternampak satu kejadian yg amat membenggangkan lagi menguji kesabaran....."Tayar keretaku telah dipancitkan dgn sengaja.... dan paku yg digunakan masih tercucuk kat tempat isi angin tu" perrhhh....sabarjee lahh....(dah lah tak breakfast lagi nii...)

Masih tak give up, chj teringat kat kereta pesara ada pump so...pusing balik gi ambik pump dgn harapan dptlah pam tayar kereta yang dah memang leper giloss tuu....TAPI not my day!!...sbb tayar tu mmg dah takada angin langsung so susahlah sikit nak nampak perkembangan nya....sedang chj mengepam tayar tu...sorang auntie yg baik hati nampak and offer utk panggil husband dia utk tolong.... so bertungkus-lumus lah apek tu..tolong tukarkan tayar spare....(FYI, chj guna kereta my bro, kereta Waja...manalah chj nak tahu mcm mana nk tukar tayar....dah tu besar lak tayar kereta tu...lagi lahh).....

Waktu tu...kalau tengok muka pesara mmg lah...marah betul dia kat org yg pancitkan tayar kereta chj...sambil kita org (me & apek) tukar tayar ..pesara lak sibuk memikirkan sapa lah punya angkara...and dia suspect sure rumah yang anjing menyalak macam gila tu ...bila nampak chj letak kereta last nite... sibuklah dia nak pancitkan tayar or calarkan kereta org tuu pulakk....hehehehhee... nasiblah waktu tu, chj cool jeee...cuma cakap kat pesara "biarlah org buat kita jangan kita buat kat org"....

Setelah semuanya selesai....chj pun ucapkan terima kasih kat apek tu...cian dia..tercungap-cungap tolong tukarkan tayar...so, chj bagilah dia duit kopi wpun dia mmg menolak tp chj paksa gak suruh dia ambik... (TQ apek..jasamu dikenang) :)) and TQ to pesara jugak yg memberi sokongan moral.....

Dua aksi pesara yang sedang menikmati makanan & minuman (tapi gambar ni bukan waktu pagi selepas kejadian tp sebelah petang..tu yg nampak muka rilex sikit) ...WALAUPUN ada lagi rasa marah tu....tp bila makan tetap senyum & gumbira...

4 comments:

pesara said...

sekarang paku tu masih tersangkut di dinding sebagai kenangan

...tahap kemarahan tu pun berkurangan selepas tahap kelaparan berkurangan..hehehe

chj said...

tiap kali terpandang paku...teringat WJK...mangsa keadaaan....

anyway, rasa2nya tahap kelaparan tu mcm dah takda kut sbb..this week mcm hari makan2 sedunia kan???

LT said...

kesiannya CHJ...bosar bonar pakunyer!!

berat mata membaca, berat lagi bahu CHJ & apek menukar tayar :(

tayar keluar angin,
perut masuk angin,
memang patut la pesara naik hangin!

isk, isk, isk...baling jer tayar kempis tu kat anjing yang nyalak tu! (...tak pasal2 anjing tu pulak jadi mangsa, hik hik)

Alhamdulillah, mujur keadaan terkawal. :)

chj said...

hiisshh....ganas jugak citarasa LT nak suruh balik tayar kempis kat anjing tuu....

Alhamdulillah..semua dah ok now...cuma tiap kali lalu kat tempat chj letak kereta tu sure pesara akan menyuara rasa tidak kepuasan hatinya tuu.....