Sunday, June 21, 2009

21-06-09:Cerita Hujung Minggu "Cucu Hang Sebat"

Kalau hujung minggu apa lagi aktiviti yang boleh dilakukan....selain dari zzzz (bangun lewat) dan makan2lah...(komen dari sorang kawan, "blog u ni asyik cerita pasal makan.. buat terliur jeee")...hehehhehe... lepas ni kena tukar nama lah..dari "Dari Kaca Mata Cucu Hang Jebat ke "Dari Kaca Mata Cucu Hang Sebat"... so this week, check it out..apa pulak yang telah disebat..hehehhehe...

Date:200609:Location:SDCC:Time:1120am


Sebelum chj start cerita pasal makan2..siapa boleh agak..apa yang terjadi dari tiga aksi dalam gambar ini??? LT?? boleh buat cerita pendek tak??? kalau ok jalan cerita kita boleh jual kat Astro......:P

Date:200609:Location:SDCC:Time:1200pm


Muka pesara yang dah kenyangan tengah berfikir macamana nak habiskan makanan yang masih banyak diatas meja tu....chj, macam biasa..tersengih jee...sbb ni semua angkara chj lah yang suka2 jee tick makanan yg nak dipesan dalam order form... sekali datang..ambik ko....semua org terkejut :)) Tapi akhirnya, atas usaha yg gigih, berjaya jugak "The Gang" menghabiskan makanan yang chj terlebih pesan tuu.....cian kat dia org semua....."sure trauma...mcm rasa setahun tak nak gi dimsum".....
_________________________________________________________________________________
Date:210609:Location:LA VILLAS CONDO:Time:0930am

Sungguh beruntung bila dapat mak angkat yang kreatif memikirkan pasal menu makanan....tak kiralah bfast/lunch or dinner...sure tak akan menghampakan.....Macam biasa..bila hujung minggu tu selepas selesai solat subuh...sambung zzzz.....tapi di bolehkan sampai kol 9.00 jeee....lebih dari tu...kipas akan kena off....so!...sendiri mau ingat... So, pagi ni....bfast yg mak angkat sediakan.."roti pita cicah daging kerutuk & my fov sambal ikan bilis".....wah...sedapppnya.....TQ SO MUCH MA!!

Date:210609:Location:Secret Recipe, Bangsar:Time:0330pm

On the way ke "Hill Park" singgah sekejap lunch kat "Resipi Rahsia"...nice place..tak berapa ramai sangat org mungkin sbb sunday & boleh makan dengan tenang jeee....sambil2 tu..apa lagi...sempatlah ambik beberapa keping gambar...dan on the way keluar tu..ambik gambar entrance....cantik lah pulak..colorful tiang2 tu...

Itu je lah coretan utk minggu ni.....kita tunggu pulak next week...ada lagi ke cerita pasal makan?????

Sunday, June 14, 2009

14-06-09: Macam-macam ada.....

Agak lama jugak chj tak update blog untuk entry bulan June...mungkin busy dgn mcm2 aktiviti yang telah dirancang atau takda idea or bahan2 yang untuk dikongsi tidak mencukupi orrrr nak low profile kejap lahhh..... Apa2 pun this week chj rasa mcm ringan jari utk mengabdikan semua peristiwa sepanjang chj berdiam diri....(poyoss)

1. Aktiviti bersama keluarga (makan2 & Birthday Adam)


2. Bersantai vs bantai bersama Ma & frenzz...



3. Aktiviti hujung minggu..what else...memasak lah...Anyway, bukan chj yg masak tapi as usual pesara..tapi yang selalunya tercedera tu...siapa lagi kalau bukan chj..hehehhehe.... (quote from pesara" suruh potong bawang potong tangan, goreng ayam kena minyak...hmmmm").....yang boleh diharap ialah...jeng..jeng..jeng..MAKAN....

(tengoklah tangan chj yg kena percik minyak panas....pedih tau tp part makan tuu..oklah pulak)

4. Kerja & kerja....(setup booth utk MSC Open Source Conf - hari ahad tau..) on the way nak keluar tu..ada pulak daun mangga tersangkut kat cermin....apa lagi cepat2 lah pesara ambik gambar sbb mcm degil sgt daun tu nak jatuh...and gambar chj tengah lap meja kat booth (jd cleaner pun boleh gak)...


5. Aktiviti berjalan-jalan dengan "The Gang" ke Mataking, Sabah and "Geng Futsal" aktiviti utk menjaga kesihatan...

Sunday, May 10, 2009

10-05-09: Hari Ibu

Selamat Hari Ibu pada semua Ibu2 diluar sana..semoga semuanya gembira menyambut bersama-sama dgn anak2 tersayang. CHJ bernasib baik kerana mempunyai 2 org yang amat penting dan disayangi yang perlu diraikan..."mother's day eve" with my MA (Mak Angkat):@ Black Canyon @ AU2 (psstt..tq ina)

Ma tengah fikir utk menu apa yang hendak dipilih...tak kisah..pilih jee

Akhirnya...inilah hidangan menunya....

Alhamdulillah..MA gembira and small token from AA to my beloved MA...
_________________________________________________________________________________
Today, CHJ and adik beradik yang lain plan untuk ke Sunway Lagoon utk meraikan hari ibu dengan membawa mak keluar berjalan-jalan,sajalah ambik angin luar. Wpun bukan semua adik beradik yang ada, tapi harap2 ianya sudah cukup untuk mengembirakan hati mak...

Mak bersama-sama dgn cucu2 & group photo sebelum keluar balik dari sunway lagoon..

Meskipun dirimu manusia biasa, bagiku engkaulah malaikatku
Yang tak pernah lelah membimbingku
Ibu,
Maafkanlah aku yang dulu sering tidak memahamimu, yang kadang meremehkanmu
Ibu, hari ini kami memperingatimu ibu,
“Selamat Hari Ibu”
Terimalah salamku dari anakmu

Sunday, May 3, 2009

03-05-09 : Unsangkarable Trip....

Tajuk diatas tu tak tahu lah samada ada dalam kamus dewan ke tidak..(LT, any comment??)Apa-apapun, apa yang chj nak kongsikan ialah pengalaman yang tidak disangka-sangka. Tujuan asal untuk ke Nilai 3 tiba2 menjadi trip berjalan ke muzium negeri di Seremban. Macam kawan chj selalu cakap "kalau makan langsat tu mmg biasalah jd kat chj"... maksudnya sesat lahh kalau sesiapa tak tahu apa tu makan langsat :p

Walaupun sempat singgah untuk jangkamasa yg tak lah lama..adalah dalam 1/2 jam, tapi disebabkan photographer suku profesional ada...banyaklah gambar2 yang sempat diambil.... Dari segi input tak byk benda yang boleh dibaca dan dikongsikan, tapi rekabentuk rumah minang niii....memang chj suka...cantik & unik.. tak tahulah..mungkin sebab darah "adat pepatih" yg mengalir dalam badan ni kuttt....hehehehe..





On the way balik, ternampak lah pulak gambar bapa kemerdekaan malaya...sempatlah pesara mengambilnya beberapa shots dari dlm kereta....no bad huh!!...